Skip to main content

Latihan Pengukuhan Tatabahsa 2018 | Part One |

25/9/2018

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

a) Satu ayat bagi setiap perkataan

i) Adik pulang ke rumah menaiki basikal yang baru dibeli oleh abah.
ii) Ternakan Pak Ali telah memberikannya pulangan yang lumayan.
iii) Sarah memulangkan buku perpustakaan yang dipinjam olehnya.
iv) Peraturan yang tidak masuk akal itu sudah mansuh.
v) Pemansuhan UPSR dan PMR akan meringankan beban guru.
iv) Pihak kerajaan mengambil keputusan untuk memansuhkan GST.

b) Cakap Ajuk ke Cakap Pindah

- Kumar menegur Daniel dan bertanya tentang tempat yang ingin ditujuinya.
- Daniel berkata dia tidak ke mana-mana, cuma hendak mengambil angin sebentar.
- Kumar menyatakan kekagumannya dan memuji kehebatan Daniel menjawab semua soalan Fizik sebentar tadi.
- Daniel menafikannya dan mengatakan bahawa perkara tersebut biasa sahaja baginya.
- Kumar bertanyakan rahsia Daniel yang semakin bijak dan memintanya berkongsi rahsia tersebut.
- Daniel menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rahsia, cuma mengulangkaji pelajaran dan belajar dengan abangnya sahaja.

c) Kesalahan ejaan dan imbuhan

i) meletak - meletakkan, pelangan - pelanggan
ii) akaun - perakaunan, tersuhur - tersohor
iii) mendalamkan - mendalami, teknoloji - teknologi

d) Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa

i) meluas - menyeluruh, ibu bapa awasi - diawasi oleh ibu bapa
ii) merempuh - menempuh, di - pada
iii) pemberian - pendermaan, supaya - untuk

e) Peribahasa

i) Bagai aur dengan tebing
ii) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
iii) Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

Comments

Popular posts from this blog

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3/7/2018 a)  i) Guru itu memberi tunjuk  ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya. Jari telunjuk ibu berdarah akibat terkena pisau semasa memotong sayur. Apabila mendengar bunyi guruh di langit, ayah mengarahkan adik masuk ke dalam rumah. Perasaan gemuruh pasti dialami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan bagi kali pertama. Bunga itu sudah kuncup apabila tidak diletakkan di bawah matahari. Terdapat banyak kemuncup di seluar adik kerana dia bermain bola di padang. b)  i)                     Ayat permintaan ii)                    Ayat larangan iii)                   Ayat silaan iv)                   Ayat suruhan v)    ...

Latihan Pengukuhan

4/7/2018 Soalan 1: Rumusan  [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.           Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.     ...

Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018 | Part Two |

25/9/2018 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa a) Satu ayat bagi setiap perkataan i) Helang cakar mata kiri Sarah semasa dia berumur 10 tahun. ii) Datuk sedang mencakar daun-daun yang telah gugur di bawah pokok. iii) Dua orang perempuan sedang bergaduh bercakaran di belakang bangunan. iv) Seruling itu mengeluarkan bunyi yang sangat indah apabila ditiup oleh Nasreen. v) Apabila loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi , semua murid bergegas pergi ke kantin. vi) Perkataan singgang dan senggang hampir-hampir sebunyi . b) Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah - Siti menanyakan kepada Faiz tentang punca dia tidak menghadiri latihan zapin pada hari semalam. - Faiz menyatakan bahawa dia terjatuh di tangga semalam. - Selanjutnya, Siti menanyakan Faiz tentang sebab dia terjatuh di tangga. - Faiz menatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa ada satu anak tangga lagi sewaktu dia menuruni tangga di rumah datuknya. - Siti menyarankan kepada Fa...