25/9/2018
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
a) Satu ayat bagi setiap perkataan
i) Helang cakar mata kiri Sarah semasa dia berumur 10 tahun.
ii) Datuk sedang mencakar daun-daun yang telah gugur di bawah pokok.
iii) Dua orang perempuan sedang bergaduh bercakaran di belakang bangunan.
iv) Seruling itu mengeluarkan bunyi yang sangat indah apabila ditiup oleh Nasreen.
v) Apabila loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi, semua murid bergegas pergi ke kantin.
vi) Perkataan singgang dan senggang hampir-hampir sebunyi.
b) Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah
- Siti menanyakan kepada Faiz tentang punca dia tidak menghadiri latihan zapin pada hari semalam.
- Faiz menyatakan bahawa dia terjatuh di tangga semalam.
- Selanjutnya, Siti menanyakan Faiz tentang sebab dia terjatuh di tangga.
- Faiz menatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa ada satu anak tangga lagi sewaktu dia menuruni tangga di rumah datuknya.
- Siti menyarankan kepada Faiz supaya dia pergi berurut dengan tukang urut untuk membetulkan urat sarafnya.
- Faiz bersetuju dan menjelaskan bahawa dia akan pergi berurut di kampung sebelah pada waktu petang nanti.
c) Kesalahan ejaan dan imbuhan
i) kriatif - kreatif, mentakrifkan - ditakrifkan
ii) interpersonel - interpersonal, pembentukan - membentuk
iii) goring - goreng, menghasil - menghasilkan
d) Kesalahan kata atau istilah dan tatabahasa
i) sangat penting sekali - sangat penting
ii) kekotoran - keracunan
iii) Peralatan - peralatan - Peralatan
iv) berkuantiti - berkualiti
v) bukan - tidak
iv) habis - luput
e) Peribahasa
i) Orang lain makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
ii) Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua
iii) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Comments
Post a Comment