4/7/2018
Soalan 1: Rumusan
[ 30 markah ]
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan
khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang
ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita
berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini.
Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini
demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan
daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk
mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.
Kita percaya bahawa adalah lebih wajar diwujudkan badan khas untuk membolehkan pesakit-pesakit
kronik mendapat bantuan kewangan. Badan khas ini juga dapat membiayai rawatan segera supaya
mereka tidak perlu membuat rayuan kepada orang ramai. Di samping itu, orang ramai atau badan-badan
yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik kepada badan berkenaan supaya
dapat disampaikan kepada pesakit kronik yang memerlukan bantuan. Kita percaya bahawa dengan cara
ini, bantuan akan dapat disalurkan secara lebih tersusun, terhormat dan telus. Pesakit kronik pula tidak
perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Dengan cara ini, gagasan masyarakat
penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Semua penghidap pesakit kronik akan
memperoleh manfaat dan bukan hanya pesakit kronik yang mempunyai kedudukan yang tertentu sahaja.
Namun begitu, orang ramai yang ingin menyumbangkan derma secara langsung kepada individu tertentu
masih boleh berbuat demikian. Sumbangan mereka ini harus digalakkan. Langkah mereka akan
mengurangkan beban badan yang dicadangkan supaya badan ini dapat menumpukan perhatian kepada
golongan yang tidak berupaya untuk mendapat bantuan daripada pihak lain.
Dalam pada itu, kita sedar bahawa telah wujud banyak badan kebajikan dan badan amal, baik
yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun yang ditubuhkan orang ramai. Kita harus bersyukur kerana
badan-badan ini telah banyak memberi sumbangan kepada kebajikan rakyat di negara ini. Namun begitu,
jika ada dasar penyelarasan yang lebih berkesan , kita percaya lebih banyak anggota masyarakat yang
memerlukan bantuan akan mendapat manfaat. Sememangnya kerajaan dan badan-badan amal tidak dapat
membantu semua orang yang memerlukan bantuan tersebut. Kita berharap agar penyelesaian yang
berkesan akan mampu memberikan manfaat kepada golongan yang berkenaan seluas-luasnya.
Penubuhan badan ini dapat menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit dari segi jenis, kos
dan tempat rawatan. Secara tidak langsung, badan ini dapat memastikan bahawa wang yang
disumbangkan itu dimanfaatkan sepenuhnya. Sesungguhnya, kewujudan masyarakat penyayang yang
mampu melindungi kebajikan anggotanya yang daif merupakan salah satu ciri penting sesebuah negara
penyayang.
(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang
Utusan Malaysia: Badan Bantu Pesakit Kronik, 30 Julai 2002)
Utusan Malaysia: Badan Bantu Pesakit Kronik, 30 Julai 2002)
Soalan 1 (Jawapan) :
Petikan membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik di Malaysia bagi membantu pesakit kronik di Malaysia.
Antara kebaikan penubuhan badan khas, yang pertama membolehkan pesakit-pesakit kronik mendapat bantuan kewangan. Yang kedua, dapat membiayai rawatan dengan cepat. Yang ketiga, badan-badan yang ingin menderma dapat menyalurkan sumbangan secara sistematik. Yang keempat, pesakit kronik tidak perlu memainkan sentimen simpati orang ramai melalui media. Yang kelima, gagasan masyarakat
penyayang akan dapat dilihat lebih adil, proaktif dan komprehensif. Yang keenam, badan khas ini boleh menentukan keperluan bantuan sebenar pesakit, dan memastikan wang sumbangan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Antara sebab penubuhan badan khas ini adalah untuk menyelaraskan sumbangan derma daripada masyarakat, dan dapat mengagihkan wang tersebut dengan adil. Seterusnya, membantu mengurangkan beban kos rawatan yang terlalu mahal dan masyarakat tidak mampu untuk membiayainya.
Kesimpulannya, pihak kerajaan dan masyarakat haruslah menyokong penubuhan ini agar pesakit kronik mudah mendapat bantuan.
Soalan 2 (a)
Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata melindungi kebajikan anggotanya yang daif. [2
markah]
Maksud rangkai kata melindungi kebajikan anggotanya yang daif adalah mempertahankan kebajikan amal bagi warga yang kurang upaya.
(ii) Bagaimanakah pesakit kronik memperoleh sumber kewangan untuk membiayai kos perubatan
mereka?
[3 markah]
Pesakit kronik memperoleh sumber kewangan untuk membiayai perubatan mereka dengan cara meminta bantuan daripada individu tertentu atau dermawan tertentu. Mereka juga berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media sosial atau media cetak. Selain itu, badan kebajikan dan badan amal yang ditubuhkan oleh kerajaan mahupun orang ramai banyak memberi sumbangan kepada mereka.
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara-cara untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik
dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini?
[4 markah]
Pada pendapat saya, cara-cara untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat contohnya selalu beriadah, melakukan senaman di masa lapang, tidak merokok dan menjaga kesihatan. Selain itu melakukan pemakanan seimbang dengan makan makanan berkhasiat dan juga mendapat tidur dan rehat yang mencukupi dapat mengelakkan berlakunya penyakit kronik. Tambahan lagi, sentiasa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan mewujudkan persekitaran yang bersih juga efektif.
Pada pendapat saya, cara-cara untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat contohnya selalu beriadah, melakukan senaman di masa lapang, tidak merokok dan menjaga kesihatan. Selain itu melakukan pemakanan seimbang dengan makan makanan berkhasiat dan juga mendapat tidur dan rehat yang mencukupi dapat mengelakkan berlakunya penyakit kronik. Tambahan lagi, sentiasa berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan dan mewujudkan persekitaran yang bersih juga efektif.
Comments
Post a Comment