Skip to main content

Laporan Program International Future Scientist Conference 2018

Pada 24-26 Julai 2018 bersamaan hari Selasa sehingga hari Khamis,Pusat PERMATApintar Negara telah menganjurkan program International Future Scientist Conference 2018 (iFSC 2018) buat kali ke-7 yang bertempat di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara.Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki bin Mustafa,Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,Universiti Kebangsaan Malaysia dengan tema Empowering Young Researchers.International Future Scientist Conference ini telah melibatkan kira-kira 70 pelajar dari pelbagai sekolah termasuklah Kolej PERMATApintar,Sekolah Tun Fatimah, Shibata High School Japan dan lain-lain lagi.Program tahunan ini dianjurkan  bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah membentangkan hasil penyelidikan yang telah mereka usahakan selama ini.
Sebelum program berlangsung,beberapa persiapan telah disediakan agar program dapat berjalan lancar.Persiapan tersebut dilakukan oleh para instruktor dan juga dibantu oleh  para sukarelawan dalam kalangan pelajar.Raptai majlis pembukaan dan penutupan diadakan berulang-ulang kali bagi menjamin pergerakan dan perjalanan majlis yang lancar dan berkesan.

Pada hari Selasa,program dimulakan dengan pendaftaran dari sekolah-sekolah yang menyertai dan diteruskan pula dengan majlis  pembukaan program tersebut.Majlis pembukaan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Varsiti Kita dan seterusnya kata-kata aluan daripada Prof. Dato’ Dr. Noriah binti Mohd Ishak,Pengarah Pusat PERMATApintar Negara dan diakhiri dengan ucapan dan perasmian daripada Prof Dato’ Ir Dr Mohd Marzuki bin Mustafa,Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pada hari seterusnya,para peserta telah membentangkan hasil kajian kepada para juri dan juga pelawat-pelawat yang hadir pada hari tersebut.Terdapat pelbagai hasil penyelidikan yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar ini yang telah menarik minat serta membuka minda pelajar lain untuk menghasilkan hasil kajian yang lebih gah pada masa akan datang.

Pada hari terakhir,majlis penutup telah berlangsung juga bertempat di Auditorium Pusat PERMATApintar Negara dan secara rasminya ditutup oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohammad Kassim,Dekan Fakulti Sains dan Teknologi,Universiti Kebangsaan Malaysia.Dalam ucapannya,beliau menyatakan perasaan gembira dan amat berpuas hati dengan perjalanan program International Future Scientist Conference pada kali ini. Beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program yang amat cemerlang ini terutama kepada pihak Pusat PERMATApintar Negara.Sebagai pengakhiran program tersebut,seramai 70 orang pelajar telah menerima pengiktirafan dalam hasil kajian masing-masing.Antaranya termasuklah beberapa kumpulan dari Kolej PERMATApintar yang berjaya meraih pingat emas serta pengiktirafan istimewa.Setelah selesai sesi fotografi,majlis penutup pun berakhir dan semua bersurai pada jam 12:30 tengah hari.

Pada keseluruhannya, International Future Scientist Conference 2018 telah dapat dijalankan dengan jayanya hasil paduan tenaga para guru, para peserta, dan semua yang terlibat secara langsung serta tidak langsung. Persidangan ini yang dijalankan selama tiga hari berturut-turut telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti penyelidikan demi mempertingkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Semoga International Future Scientist Conference ini dapat dijalankan pada setiap tahun dengan pelbagai pengisian yang lebih menarik dengan lebih banyak penyertaan.

Comments

Popular posts from this blog

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

3/7/2018 a)  i) Guru itu memberi tunjuk  ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya. Jari telunjuk ibu berdarah akibat terkena pisau semasa memotong sayur. Apabila mendengar bunyi guruh di langit, ayah mengarahkan adik masuk ke dalam rumah. Perasaan gemuruh pasti dialami oleh pelajar yang mengambil peperiksaan bagi kali pertama. Bunga itu sudah kuncup apabila tidak diletakkan di bawah matahari. Terdapat banyak kemuncup di seluar adik kerana dia bermain bola di padang. b)  i)                     Ayat permintaan ii)                    Ayat larangan iii)                   Ayat silaan iv)                   Ayat suruhan v)    ...

Latihan Pengukuhan

4/7/2018 Soalan 1: Rumusan  [ 30 markah ] Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab penubuhannya . Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.           Dari masa ke masa kita dihadapkan dengan kes-kes pesakit kronik yang merayu simpati orang ramai supaya memberikan bantuan kewangan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan segera. Kita berbangga kerana ramai dermawan yang sanggup memberikan sumbangan kemanusiaan seumpama ini. Namun begitu, cara ini bukanlah langkah yang terbaik dalam kalangan masyarakat penyayang. Hal ini demikian kerana pesakit-pesakit kronik yang memerlukan rawatan segera terpaksa meminta bantuan daripada individu atau dermawan tertentu. Golongan pesakit kronik ini juga biasanya berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada orang ramai melalui media elektronik atau media cetak.     ...

Latihan Pengukuhan Tatabahasa 2018 | Part Two |

25/9/2018 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa a) Satu ayat bagi setiap perkataan i) Helang cakar mata kiri Sarah semasa dia berumur 10 tahun. ii) Datuk sedang mencakar daun-daun yang telah gugur di bawah pokok. iii) Dua orang perempuan sedang bergaduh bercakaran di belakang bangunan. iv) Seruling itu mengeluarkan bunyi yang sangat indah apabila ditiup oleh Nasreen. v) Apabila loceng yang menandakan waktu rehat berbunyi , semua murid bergegas pergi ke kantin. vi) Perkataan singgang dan senggang hampir-hampir sebunyi . b) Menukarkan Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah - Siti menanyakan kepada Faiz tentang punca dia tidak menghadiri latihan zapin pada hari semalam. - Faiz menyatakan bahawa dia terjatuh di tangga semalam. - Selanjutnya, Siti menanyakan Faiz tentang sebab dia terjatuh di tangga. - Faiz menatakan bahawa dia tidak menyedari bahawa ada satu anak tangga lagi sewaktu dia menuruni tangga di rumah datuknya. - Siti menyarankan kepada Fa...